Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan perindustrian di Defu Lane dijilat api

Jul 01, 2018 | 01:01 PM



PEGAWAI bomba mengambil masa sekitar empat jam untuk memadamkan api yang menjilat sebuah bangunan di perindustrian di Defu Lane awal pagi tadi (1 Julai).



Tiada orang dilaporkan cedera dalam kebakaran yang berlaku sekitar 2.30 pagi di 26 Defu Lane 6 itu.



Menerusi laman Facebook mereka sekitar 11 pagi tadi, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebakaran itu melibatkan barangan sampah dalam satu ruang penyimpanan sebesar gelanggang bola keranjang.



SCDF berkata pegawai bomba segera menggunakan jet air untuk mengelak api itu daripada merebak ke kawasan berdekatan.



Api itu berjaya dipadam sekitar empat jam kemudian, sekitar 6.50 pagi.



Seramai 45 pegawai SCDF serta 13 kenderaan bomba dan kenderaan sokongan terlibat dalam operasi memadam api itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >