SEBUAH bangunan terminal penumpang baru akan dibina di Lapangan Terbang Seletar bagi menampung pertumbuhan trafik udara, umum Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), semalam.
Bangunan tersebut, yang akan dibina di bahagian timur lapangan terbang itu, akan menampilkan kemudahan yang diperbaiki, menyokong kegiatan penerbangan umum sebagai sebahagian daripada Taman Aeroangkasa Seletar.