HUJAN lebat menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di Singapura semalam. Sekurang-kurangnya dua kereta dilihat terkandas di luar Gereja St Vincent de Paul, Yio Chu Kang Road.
Air juga naik di plaza masyarakat dalam kawasan Ang Mo Kio; tempat meletak kereta bertingkat di Blok 613A Ang Mo Kio Avenue 4; serta di simpang Hougang Avenue 6 dengan Hougang Avenue 8.