Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banjir kilat di Tanjong Pagar ekoran hujan lebat

Jan 23, 2017 | 10:43 AM



HUJAN lebat pada Isnin (23 Jan) menyebabkan banjir kilat di kawasan Tanjong Pagar.



Agensi air negara PUB dalam Facebook-nya menyatakan banjir berlaku di Craig Road, Tanjong Pagar Road dan Maxwell Road.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dalam tweet pada 9.23 pagi, juga memberi amaran kepada pengguna jalan raya mengenai banjir kilat di Maxwell Road (arah ke Kadayanallur Street) selepas South Bridge Road.



Menurut Facebook pengguna Mohd Nizam Nawawi, keretanya terperangkap di trafik berhampiran Maxwell Road.



Foto yang dihantar seorang pembaca The Straits Times menunjukkan air naik ke paras buku lali tinggi di situ.



PUB berkata dalam Facebook sekitar 10 pagi banjir itu umumnya telah surut.



Minggu lalu, kawasan Upper Thomson dilanda banjir kilat selepas hujan lebat, yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di simpang Upper Thomson Road dan Jalan Lembad Thomson.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >