Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bank Dunia: S'pura kekal negara paling mudah bagi jalankan perniagaan

Oct 28, 2015 | 02:46 PM



WASHINGTON: Singapura kekal sebagai tempat paling mudah menjalankan perniagaan, manakala negara membangun tahun lalu mempercepat usaha pembaharuan mereka untuk menjadi mesra perniagaan, menurut satu laporan Bank Dunia yang diterbitkan pada Selasa (27 Okt).


Singapura mempertahan kedudukan paling atasnya tahun lalu dalam laporan 'Menjalankan Perniagaan 2016: Mengukur Mutu dan Kecekapan Pengawalseliaan', yang merangkumi 189 negara.


Senarai 10 negara teratas hampir tidak berubah, menurut data yang diselaraskan menggunakan kriteria tahun ini bagi senarai 2015 dan 2016.


New Zealand kekal di tempat kedua, diikuti Denmark (3), Korea Selatan (4), Hong Kong (5), Britain (6) dan Amerika Syarikat (7).


Sweden turun ke tempat kesembilan, manakala Norway naik ke tempat kelapan dan Finland kekal ke-10.


Laporan tahunan Bank Dunia itu melihat persekitaran kawal selia bagi syarikat kecil dan sederhana untuk melihat bagaimana ia menghambat atau membantu mereka menjalankan perniagaan, daripada soal memulakan dan membayar cukai kepada pendaftaran hartanah dan perdagangan rentas sempadan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >