Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banker anggota baru Majlis Penasihat Presiden

Peter Seah gantikan Po'ad yang telah berkhidmat 14 tahun dan penggalnya tamat 1 Januari
Jan 09, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah melantik Encik Peter Seah Lim Huat sebagai anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA) di bawah Akta 37B(2)(c)(i) Perlembagaan bagi tempoh 2 Januari 2021 hingga 1 Jun 2024.



Encik Seah mengangkat sumpah pelantikan itu dalam satu upacara di Istana yang disaksikan Puan Halimah dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.



Beliau menggantikan Encik Po'ad Shaik Abu Bakar Mattar, yang tempoh penggalnya dalam Majlis tersebut tamat pada 1 Januari 2021.



Encik Po'ad telah berkhidmat sebagai anggota CPA selama 14 tahun.



Dengan pelantikan Encik Seah, CPA kini dianggotai Encik Eddie Teo sebagai pengerusi, bersama anggota lain: Encik S. Dhanabalan, Encik Goh Joon Seng, Encik Lim Chee Onn, Encik Chua Thian Poh, Encik Bahren Shaari, Cik Chua Sock Koong, serta anggota ganti, Cik Mildred Tan-Sim Beng Mei dan Encik Gan Seow Kee.



Daripada lapan anggota itu, tiga dilantik oleh Presiden mengikut budi bicaranya, tiga oleh Perdana Menteri, seorang oleh Hakim Besar, dan seorang oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC).



Antara tanggungjawab CPA ialah menasihati Presiden dalam pelaksanaan kuasa hak penjagaan dan budi bicara melindungi rizab lalu pemerintah serta dalam pelantikan pegawai utama dalam perkhidmatan awam.



Adalah wajib bagi Presiden berunding dengan CPA semasa menggunakan kuasa budi bicaranya berkaitan semua perkara kewangan dan pelantikan.



Menurut Pejabat Presiden, Encik Seah, merupakan Pengerusi Lembaga DBS Group Holdings dan sebahagian daripada Jawatankuasa Eksekutifnya.



Beliau juga merupakan Pengerusi Singapore Airlines Limited (SIA), Singapore Health Services Pte Ltd dan LaSalle College of the Arts Limited.



Sebelum ini, Encik Seah pengurus bank selama 33 tahun sebelum menjadi Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bekas Overseas Union Bank (OUB) pada 2001.



Beliau turut berkhidmat di lembaga GIC Private Limited, Fullerton Financial Holdings Pte Ltd dan STT Communications Ltd.



Pada 1999, Encik Seah telah dianugerahi Bintang Perkhidmatan Awam dan pada 2012 beliau menerima anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang.



Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) daripada Universiti Singapura (kini Universiti Nasional Singapura).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >