RATUSAN orang, yang kebanyakannya memakai baju hitam, mengadakan bantahan senyap di Hong Lim Park terhadap Pilihan Raya Presiden yang dikhususkan bagi calon Melayu.
Bantahan itu dianjurkan Encik Gilbert Goh yang memakai kemeja-T hitam dengan kata-kata #notmypresident - hashtag yang digunakan sesetengah warga sebagai membantah kerana tidak dapat mengundi.