Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan jiran elakkan kecederaan apabila flat terbakar

May 17, 2016 | 08:52 AM



SEBUAH flat di tingkat 12, Blok 117, Bedok North Road, terbakar pada Isnin (16 Mei) petang tetapi tiada sesiapa cedera, sebahagiannya disebabkan usaha berani jiran-jiran - termasuk seorang anggota bomba Singapura Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) tidak bertugas.



Api itu menjilat kandungan sebuah bilik utiliti, dan dipadamkan menggunakan jet air.



Staf Sarjan (SSgt) Salleh Ismail, 32 tahun, yang tinggal di flat sebelah, menyedari tentang kebakaran itu apabila mendengar pekikan meminta tolong anak perempuan jirannya.



"Saya segera membuka tingkap gelongsor flat terbakar itu untuk membiarkan asap keluar jadi saya mempunyai penglihatan lebih baik apabila masuk," katanya.



Apabila melangkah masuk, beliau memeriksa bagi memastikan tidak ada orang terperangkap di dalam flat itu. Satu pintu terkunci, tetapi bilik itu kemudian disahkan kosong.



Bersama tiga orang lain, SSgt Salleh mula memadam api dengan baldi air sebelum pegawai SCDF tiba.



Beliau juga berusaha memindahkan penduduk di tingkat 12 dan 13, kerana bimbang asap akan mencetuskan serangan semput bagi mereka yang mempunyai penyakit itu.



SCDF menghantar bantuan selepas menerima panggilan pada 5.25 petang.



Seorang lagi jiran yang membantu, Encik Poh Kok Fai, 72 tahun, sedang menjembur pakaian di tingkat sembilan apabila beliau melihat penghuni flat di blok bertentangan menarik perhatiannya tentang kebakaran itu.



Beliau menghubungi polis dan membantu anggota bomba dengan gelendong hos, tetapi berkata pegawai SCDF terpaksa menggunakan pili bomba "yang sangat jauh" apabila yang terdekat flat itu tidak berfungsi.



Punca kebakaran sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >