MASYARAKAT Melayu/Islam perlu melihat isu-isu jangka panjang Singapura dan prihatin mengenai pertumbuhan ekonomi negara ini kerana ia mempunyai implikasi terhadap pekerjaan dan kehidupan mereka.
Menekankan demikian, calon pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, berkata jika ekonomi Singapura turun, ia mempunyai banyak implikasi.