Banyak negara puji dasar Singapura

MAJORITI negara dari Asia Pasifik, Afrika, Eropah, Amerika Latin dan Caribbean telah memuji dasar Singapura dalam usaha meningkatkan akses kepada pendidikan, perlindungan kesihatan sejagat dan perumahan semasa Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang berlangsung semalam (27 Januari).

Selain itu, negara-negara tersebut juga telah memberi respons positif terhadap usaha Singapura dalam membangunkan penjagaan yang lebih baik untuk warga tua, orang kurang upaya dan golongan lemah (vulnerable) yang lain dengan cara pragmatik.

UPR kedua Singapura itu telah diadakan di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva dengan sebanyak 113 negara yang telah berucap.

Delegasi Singapura yang terdiri daripada pegawai dari 11 kementerian pemerintah dipimpin oleh Duta Besar Berkuasa Penuh, Profesor Chan Heng Chee.

Encik Chan telah mempersembahkan laporan nasional Singapura dengan menjelaskan falsafah dan pendekatan pragmatik di sebalik dasar yang membolehkan ia untuk mengatasi cabaran sebagai negara kecil dengan pelbagai kaum dan bangsa, untuk melindungi dan menggalakkan hak asasi manusia bagi semua warganya.

Menurut Encik Chan, UPR itu merupakan peluang untuk Singapura menjelaskan hambatan yang dihadapinya dan cara ia menghadapi cabaran sosial.

" Sebanyak 113 delegasi telah berucap, ini menunjukkan minat yang tinggi terhadap negara yang kecil.

Saya rasa ini menandakan minat yang tinggi terhadap Singapura kerana mereka mendapati hasil pendekatan kami amat hebat," katanya.

Tambah beliau lagi, ramai daripada delegasi yang telah menyokong pendekatan pragmatik Singapura terhadap hak asasi manusia.

Namun, ada juga diantara mereka yang menggesa supaya Singapura memansuhkan hukuman mati dan untuk menandatangani lebih banyak konvensyen hak asasi manusia.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.