Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banyak saham kini di bawah nilai, boleh ditimbang pelabur

Jan 28, 2016 | 12:52 PM



LEBIH separuh saham yang disenaraikan di Singapura diniagakan pada harga di bawah "nilai buku" - harga yang boleh didapatkan sesebuah syarikat jika asetnya dijual.


Pemerhati pasaran berkata pelabur berminat memanfaatkan harga saham yang tertekan sekarang boleh menimbangkan saham hartanah dan bank terpilih. Tetapi, mereka harus menjauhi sektor minyak dan gas, serta saham komoditi buat masa ini.


Kegawatan pasaran sejak awal tahun ini telah menyaksikan harga saham menyelam ke paras terendah.


Indeks Straits Times jatuh 11.67 peratus tahun ini untuk ditutup pada 2,546.18 mata pada Rabu (27 Jan).


Kira-kira 50 kaunter di bursa tempatan dengan permodalan pasaran sebanyak $1 bilion atau lebih diniagakan pada harga diskaun daripada nilai buku mereka, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis.


Daripada 50 syarikat bermodal sederhana hingga tinggi yang sahamnya dianggap di bawah nilai buku, lebih dua pertiga adalah dalam sektor hartanah - pemaju atau amanah pelaburan hartanah (Reit).


"Diskaun itu mencerminkan pandangan masa depan lemah dan jangkaan pasaran lemah," kata Naib Presiden Kanan DBS Equity Research, Encik Andy Sim.


"Pilihan kami ialah bertindak selektif dan pilih sektor berdaya tahan, dan pilih S-Reits yang foakus pada luar pesisir... Frasers Centrepoint Trust dan A-Reit," ujar Encik Sim.


Cik Carmen Lee, ketua OCBC Investment Research, berkata saham hartanah diniagakan pada harga di bawah nilai buku, berbanding dengan sektor lain.


"Kami suka Wing Tai, UOL, Keppel DC Reit, dan Frasers Centrepoint Trust, antara beberapa syarikat berkaitan harta itu," katanya.


Kaunter lain yang muncul dalam senarai saham di bawah nilai termasuk dalam sektor pertanian dan komoditi, minyak dan gas, dan juga bank.


Cik Lee menjangka saham komoditi dan minyak serta gas terus berdepan dengan masalah, memandangkan penurunan mendadak harga minyak.


"Berdasarkan nisbah risiko-ganjaran, kami lebih suka kekal dengan saham berprospek lebih baik atau berpendapatan lebih berdaya tahan, Singtel, Sheng Siong, Thai Beverage dan Raffles Medical," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >