ATLIT kurang upaya nasional Adam Kamis dihukum penjara 38 bulan pada Isnin (27 Jun) kerana kesalahan berkaitan pelacuran dan merekrut seorang remaja perempuan berusia 16 tahun untuk eksploitasi seks.
Lebih dikenali sebagai "pelari satu tangan", Adam mendapatkan beberapa wanita yang berminat bekerja sebagai teman sosial, dengan sebuah agensi yang dia tubuhkan, bagi melakukan perbuatan seks dan hubungan seks dengan dia di flatnya di Yishun.
Adam, 37 tahun, akan menjalankan sesi "pengesahan", di mana dia menyuruh mereka menanggalkan pakaian supaya dia boleh memeriksa tubuh mereka. Dia kemudian "menguji" wanita-wanita itu, meminta mereka memberinya perkhidmatan seks yang mereka akan sediakan kepada pelanggan.
Penceramah motivasi itu sebelum ini didapati bersalah bagi 12 tuduhan - dua tuduhan memperoleh seorang wanita untuk pelacuran, sembilan tuduhan cuba mendapatkan seorang wanita bagi pelacuran, dan satu tuduhan merekrut kanak-kanak bagi eksploitasi seks.
Adam, yang kehilangan tangan kanannya dan lengan kirinya lumpuh dalam kemalangan motosikal pada 2003, mewakili Singapura dalam olahraga dalam Sukan Komanwel dan Sukan Para Asean. Dia meraih emas dalam acara 1,500m lelaki dalam Sukan Para Asean 2009.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sharmila Sripathy-Shanaz sebelum ini memberitahu mahkamah Adam dijerat hutang apabila dia menubuhkan sebuah agensi teman sosial, SG Freelancer, pada awal 2013.
Untuk merekrut wanita, dia mengaku menjadi teman sosial yang bekerja bagi agensi itu.
Perwatakan sebuah kawasan kejiranan ditakrifkan oleh ruangnya, kegiatan yang dilakukan di ruang tersebut dan penduduk yang tinggal, kerja dan main di setiap kejiranan.
Lembaga Warisan Negara (NHB)
Meskipun baru enam bulan ditubuhkan sejak Oktober 2023, band Singapura, ORA, sudah menetapkan matlamat ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan menjalankan persembahan atau ‘gig’ jelajah ke enam
NEW YORK: Khidmat teksi robot, atau kenderaan tanpa pemandu yang boleh membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, telah mendapat sorotan negatif dek berlaku beberapa pelanggaran di jalan raya
Lagu Lebaran yang dicipta bukan setakat merakam dan menyebarkan keceriaan menyambut 1 Syawal yang mulia.
Buat penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe, sesebuah lagu Hari Raya tetap boleh memainkan
Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu
Walaupun beliau sudah lama mengumumkan pengundurannya daripada dunia seni hiburan, pelakon, penyanyi dan peragawati, Noorkumalasari, yang popular pada era 1980-an tetap masih mendapat perhatian
Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat
Kalau sentuh bab Raya, kanak-kanaklah golongan yang paling teruja menyambutnya.
Manakan tidak, Hari Raya adalah masa untuk mereka ‘berasa’ mempunyai wang yang banyak dalam genggaman.
Pasti sebagai ibu
Sebagai satu langkah proaktif untuk mempromosikan kelestarian dan kreativiti, Marina Square bergabung dengan Peace of Art, sebuah badan bukan meraih untung tempatan yang menyokong kanak-kanak
Dengan cuaca panas dan indeks ultraungu (UV) yang meningkat pada akhir Mac, dan dijangka berterusan sepanjang April dan Mei, para doktor dan pakar menasihatkan orang ramai supaya memakai tidak hanya

Dalam mesej templat kepada wanita secara rawak di Facebook, dia menawarkan pemohon peluang menjana pendapatan hingga $1,000 bagi setiap tugasan.
Jika seseorang wanita itu menunjukkan minat berterusan, dia akan meminta mereka menjawab satu soal selidik dan menghantar gambar mereka ke akaun e-melnya.
Mereka kemudian akan pergi ke flatnya untuk sesi "pengesahan". Beberapa wanita yang tidak melaksana tugas itu dengan memuaskan - misalnya "terlalu lembap" atau "terlalu kaku" - disuruh datang bagi lebih banyak "pengesahan".
Jika wanita itu masih berminat selepas menjalani pelbagai langkah, Adam akan mewujudkan satu profil dalam talian untuknya di laman Craigslist dan Locanto untuk mengiklankan perkhidmatan mereka.
Semasa siasatan, bukti menunjukkan 34 wanita respons kepada iklannya. Walaupun dia merekrut 15 wanita semasa operasi dua setengah tahun, dia berupaya mendapatkan hanya lima pelanggan sebab wanita-wanita itu menolak tugasan yang diberi atas pelbagai alasan.
Dia tidak menerima sembarang komisen setakat ini, kata Cik Sharmila.
Berhubung remaja 16 tahun itu, dia juga melakukan hubungan seks dengannya.