Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa beranak dua cabul amah di flat Bedok Reservoir ketika keluarga keluar melancong

Aug 08, 2019 | 06:10 PM



SEORANG pengurus penonton kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Changi mencabul amahnya berulang kali di rumahnya sewaktu keluarganya pergi bercuti.



Pada 28 November 2016, Stanley Cheng Kim Han, yang telah berkhidmat dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Caas) lebih dari 20 tahun, menyandarkan kepalanya pada bahu kanan warga negara Myanmar yang berusia 23 tahun itu. 



Pada keesokan harinya, Cheng, 44 tahun, yang sudahpun berkahwin dan beranak dua, memeluk wanita itu dari belakang lalu meraba dadanya dengan jari-jemari tangan kirinya. 



Semalam (7 Ogos), Hakim Daerah Edgar Foo mendapati lelaki Singapura itu bersalah atas dua dakwaan mencabul selepas perbicaraan selama 10 hari.



Wanita itu yang tidak dapat dinamakan atas perintah sekatan, mula bekerja di flat milik Cheng di Bedok Reservoir pada 22 September 2016.



Mahkamah difahamkan ini merupakan kali pertama beliau meninggalkan kampungnya untuk bekerja di luar negara.



Mahkamah membenarkan ikat jamin $15,000 dan Cheng dijangka menerima hukuman pada 12 September nanti.



Atas setiap dakwaan mencabul, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda atau dirotan.



 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >