Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PROTES TINDAKAN SEKOLAH RAMPAS TELEFON BIMBIT ANAK

Bapa gugur kes mahkamah

Nov 11, 2017 | 05:30 AM



SEORANG bapa yang ke mahkamah untuk memprotes tindakan sebuah sekolah tidak mengembalikan telefon bimbit anaknya yang dirampas selama tiga bulan telah menggugurkan kes tersebut.



Seorang jurucakap sekolah itu memberitahu akhbar The Straits Times kelmarin bahawa bapa pelajar tersebut telah diarahkan oleh mahkamah supaya membayar kos kepada sekolah.



Kes tersebut mendapat perhatian ramai apabila ia muncul pada Jun lalu.



Bapa pelajar itu menyaman pengetua sekolah menengah tersebut dan menuntut ganti rugi awal tahun ini selepas telefon bimbit itu dirampas daripada anaknya, yang tidak mematuhi undang-undang sekolah kerana menggunakannya semasa waktu sekolah.



Di bawah undang-undang itu, pelajar tersebut perlu menyimpan telefon bimbit dalam lokar dari awal sekolah bermula sehingga selepas waktu sekolah, yang termasuk bimbingan akademik atau kelas tahanan.



Budak lelaki itu mengaku kepada pengetua itu bahawa dia telah menggunakan telefon bimbit iPhone 7 semasa waktu sekolah pada 8 Mac sebelum ia dirampas.



Kad SIMnya telah dikembalikan serta resit yang menyatakan telefon bimbit itu boleh diambil semula pada 20 Jun.



Kededua bapa dan anak tahu tentang undang-undang tersebut.



Bapa itu pada awalnya menulis kepada pihak sekolah menyatakan antara lain "rampasan tiga bulan tidak seimbang dengan kesalahan".



Beliau kemudian memfailkan tindakan mahkamah dan mendakwa bahawa menyimpan telefon bimbit itu sama juga dengan tidak memberikan hak kepada seseorang memiliki barangnya.



Beliau juga memohon mendapatkan perintah injuksi sementara daripada mahkamah agar telefon bimbit itu dapat dikembalikan dengan serta-merta sambil menunggu kes itu selesai.



Ini ditolak Hakim Daerah Clement Julien Tan pada 28 April.



Menurut hakim itu, pengetua tersebut mempunyai alasan kuat menyimpan telefon bimbit berdasarkan undang-undang sekolah.



Sekolah itu juga telah menyatakan bahawa telefon bimbit itu akan dikembalikan pada akhir tempoh tiga bulan.



Sekolah itu juga menambah kelmarin bahawa tiada perubahan kepada dasar sekolah dalam penggunaan telefon bimbit ekoran kes itu.



"Ini memerlukan para pelajar kita menyimpan telefon bimbit dalam lokar semasa masa sekolah," kata jurucakap itu lagi.



Difahamkan bahawa pelajar itu tidak lagi bersama sekolah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >