Jumlah pekerja yang melakukan pekerjaan bebas atau freelance di Singapura dijangka bertambah pada masa depan. Dalam iklim ekonomi dan pekerjaan yang muram, isu yang biasa dihadapi golongan ini seperti pendapatan tidak menentu dan kurang perlindungan daripada majikan mungkin lebih menonjol. Namun baru-baru ini, gerakan buruh telah mula mengorak langkah menambah sokongan bagi mereka. NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg) melaporkan.
KEBELAKANGAN ini, Encik Saiful Amri Ahmad Elahi lebih senang digelar 'bapa sepenuh masa' apabila ditanya mengenai tanggungjawab hariannya.