Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapok dipenjara tiga tahun kerana menipu

Dec 20, 2016 | 11:26 AM



SEORANG bapok yang bertindak sebagai jurusolek bebas dengan mendapatkan pelanggan di kelab malam di Orchard Towers telah dihukum penjara tiga tahun semalam atas kesalahan menipu.



Dalam tempoh sembilan bulan yang berakhir Jun lalu, Nur Alya Sefira Mohd Hadim telah melakukan 187 kesalahan, menyebabkan kerugian $51,251 kepada mangsanya.



Hanya $12,559 nilai barangan telah ditemui dari kedai pajak.



Lelaki berpakaian wanita berusia 31 tahun itu melakukan jenayah secara terancang dan telah mengelak dari di berkas sejak lama.



Dia mengaku atas 17 tuduhan yang dihadapinya.



Timbalan Pendakwa Raya, Encik Vadivalagan Shanmuga, berkata, gaya Nur Alya Sefira yang berpakaian sebagai wanita itu telah membantu melindunginya semasa rakaman kamera litar tertutup diteliti pihak polis.



Dia akhirnya ditangkap oleh anggota Biro Narkotik Pusat pada 26 Januari tahun lalu semasa serbuan mengejut di alamat rumah yang didaftarnya, di mana dia jarang berada di sana.



Siasatan menunjukkan Nur Alya Sefira bekerja sebagai 'social escort' pada sebelah malam.



Dia akan mencuri kad kredit pengunjung bar dan dari pelanggan yang mendapatkan khidmat urutnya di blik-bilik hotel.



Mangsanya termasuk warga asing dalam lingkungan usia 30an dan 40an tahun.



Pihak pendakwa berkata, Nur Alya Sefira, juga mencuri satu kad kredit daripada doktornya - yang berada di sinki untuk mencuci tangan - semasa dia ke klinik itu untuk mendapatkan suntikan hormon.



Pada Februari dan Mac tahun lalu, dia menggunakan kad kredit yang dicurinya itu sebanyak 71 kali bagi transaksi yang berjumlah $12,271.



Mahkamah diberitahu dia mencuri lebih daripada satu kad daripada individu, sekiranya kad-kad itu mempunyai batas nilai kredit yang rendah



Dia menggunakan kad-kad ini untuk membeli telefon bimbit dan barangan mewah dan menjualnya semula untuk membayar keperluan hariannya.



Selepas membeli barang kemas, Nur Alya Sefira akan memajakkannya untuk mendapatkan wang tunai.



Dia juga mengaku menjual barangan seperti telefon bimbit dan jongkong emas (gold bar) bagi perbelanjaan peribadinya.



Nur Alya Sefira pernah disabitkan dengan kesalahan menipu dan kesalahan berkaitan dadah pada 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >