Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Barah buah dada: Kian ramai hadapi tapi jumlah jalani mamogram tidak bertambah

Oct 01, 2015 | 09:52 AM



Semakin ramai wanita di Singapura disahkan menghidap barah buah dada setiap tahun, tetapi bilangan wanita yang menjalani pemeriksaan bagi penyakit itu - mamogram - tidak bertambah walaupun pengesanan awal penting.


Hanya kira-kira seorang dalam tiga wanita dalam kumpulan umur sasaran 50 hingga 69 telah menjalani pemeriksaan dalam tempoh dua tahun lalu, menurut Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).


"Kami mendapati kadar pemeriksaan telah mendatar," kata pengerusi jawatankuasa penganjur Bulan Kesedaran Barah Buah Dada, Dr Chan Ching Wan, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis (1 Oktober).


Konsultan di bahagian onkologi pembedahan di Institut Barah Singapura (NCIS), Universiti Nasional Singapura, itu menyatakan bilangan wanita yang menghidap barah buah dada meningkat dua tiga kali ganda dalam tempoh 40 tahun lalu.


Antara 1974 dan 1978, lebih 20 dalam 100,000 wanita di sini disahkan menghidap penyakit itu.


Jumlah tersebut bertambah kepada lebih 60 antara 2009 dan 2013.


Sambil menegaskan kepentingan pemeriksaan, beliau berkata: "Jika anda mengesah barah awal, ia lebih mudah dirawat... anda akan hidup lebih lama, kemungkinan lebih rendah ia berulang, dan anda kembali kepada kehidupan normal lebih cepat juga.".


Bulan ini, NCIS dan HPB akan bekerjasama dengan Yayasan Barah Buah Dada, Pusat Barah Kebangsaan Singapura (NCCS), dan Persatuan Barah Singapura dalam kempen tahunan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu.


Usaha mereka termasuk mengadakan mamogram bersubsidi, pameran bergerak, ceramah, dan bengkel bagi pesakit barah yang telah sembuh.


Sebagai contoh, Kad Merah Jambu khas akan diedar di 128 kedai Guardian dan Unity Pharmacy mulai Khamis. Wanita berusia 50 tahun ke atas boleh menggunakannya untuk mendapatkan potongan harga $25 bagi mamogram di pusat pemeriksaan terpilih.


Bagi warga Singapura yang layak yang belum menjalani mamogram dalam tempoh dua tahun lalu, bayaran mamogram bersubsidi biasanya $50.


Barah buah dada barah paling biasa dihidapi wanita di Singapura, dan punca paling biasa kematian akibat barah. Antara 2010 dan tahun lepas, lebih 9,200 wanita didiagnosis menghidap penyakit itu.


Risiko mendapat barah buah dada meningkat dengan usia, oleh itu semua wanita berusia 50 tahun ke atas digalak menjalani mamogram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >