PASARAN barang terpakai dari Singapura turut membantu melahirkan ramai usahawan yang menjalankan kegiatan perniagaan menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter di Batam.
Ini berdasarkan banyaknya urusan jual beli barang terpakai seperti pakaian, busana Muslimah, kasut, komputer, telefon bimbit dan aksesorinya serta perhiasan rumah yang dilakukan menerusi Internet.