Barisan calon WP jelas, tiada kejutan sejauh ini

SATU gambaran barisan calon Parti Pekerja (WP) di 10 kawasan undi yang akan ditandinginya dalam pilihan raya umum kali ini semakin jelas pada Hari Penamaan Calon hari ini (1 September).

Ketua WP, Encik Low Thia Khiang, 58 tahun; pengerusi Sylvia Lim, 50 tahun; peguam Pritam Singh, 39 tahun; dan Anggota Parlimen (AP) Chen Show Mao, 54 tahun; dan Muhamad Faisal Abdul Manap, 40 tahun, siap mempertahan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC ) Aljunied.

Mereka tiba di Raffles Institution, pusat penamaan calon bagi GRC itu, bersama seorang jurutera sofwe, Encik Koh Choong Yong, 42 tahun, yang mungkin lagi bertanding di Kawasan Undi Perseorangan (SMV) Sengkang West.

Pasukan WP bagi GRC Nee Soon akan terdiri daripada: Pengurus Persatuan Barah Singapura, Encik Kenneth Foo Seck Guan, 38 tahun; rakan kongsi pengurusan perniagaan pelaburan swasta, Encik Luke Koh, 41 tahun; peguam Gurmit Singh, 55 tahun; dan perunding jualan Cheryl Denise Loh, 31 tahun.

Mereka telah tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Rendah Yishun.

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Yee Jenn Jong, 50 tahun; peguam Terence Tan, 44 tahun; peguam He Ting Ru, 32 tahun, pengurus kekayaan bank Dylan Ng, 40 tahun; pemilik kilang coklat Firuz Khan, 48 tahun; pula mungkin bertanding di GRC Marine Parade dan telah tiba di Sekolah Kong Hwa.

Eksekutif syarikat perkhidmatan pengebumian, Encik Bernard Chen, 29 tahun, kelihatan bersiap bertanding di SMC MacPherson dan telah tiba di pusat penamaan calon sama.

Empat calon WP yang berpotensi bertanding di GRC Jalan Besar, pekerja perubatan sosial Frieda Chan Sio Phing, 39 tahun; pensyarah politeknik L. Somasundaram, 52 tahun; jurutera Redzwan Hafidz Abdul Razak, 30 tahun; dan ahli perniagaan Adrian Sim Tian Hock, 43 tahun, telah tiba di Sekolah Rendah Bendemeer.

NCMP Gerald Giam, 37 tahun; ahli sosiologi Universiti Nasional Singapura (NUS), Daniel Goh, 42 tahun; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perunding Leon Perera, 44 tahun; bekas pustakawan bersekutu Mohamed Fairoz Shariff, 36 tahun; rakan kongsi firma undang-undang perkapalan Dennis Tan, 45 tahun, berada di pejabat Majlis Bandaran Aljunied di Kaki Bukit dan telah menaiki bas ke Sekolah Rendah Fengshan.

Sekolah itu menjadi pusat penamaan calon bagi GRC East Coast dan SDMC Fengshan. Encik Tan mungkin bertanding di SMC itu.

Menaiki bas yang sama ialah AP Punggol East, Cik Lee Li Lian, 37 tahun, yang kawasan undinya juga di pusat penamaan calon sama.

AP Hougang, Encik Png Eng Huat, 53 tahun, tiba di Sekolah Poi Ching, pusat penamaan calon bagi SMC tersebut.

Hougang kubu kuat WP yang dipegang Encik Low dari 1991 hingga 2011, apabila beliau memenangi GRC Aljunied.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.