Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baru kahwin enam bulan, suami telah pergi

Jun 24, 2017 | 05:30 AM



"JAGA ibu baik-baik ya."



Demikian kata-kata terakhir suaminya kepada anak yang masih lagi dalam kandungan.



Malangnya, Encik Muhd Hamdan Hassan, 28 tahun, yang bakal menjadi ayah itu tidak sempat melihat kelahiran anak pertamanya itu.



Beliau terkorban dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah lori tanah pada 14 Jun lalu.



"Tahun ini merupakan tahun pertama kami menyambut Hari Raya bersama sebagai suami isteri, kami sudah merancang mahu berkunjung keluarganya dahulu sebelum keluarga saya.



"Tetapi, apa nak buat, tidak kesampaian," kata Cik Nurashima Hassan, 26 tahun, dengan air mata yang tidak dapat dibendung.



Kemalangan itu berlaku sekitar enam bulan selepas pasangan tersebut berkahwin.



Cik Nurashima, yang sedang mengandungkan anak lelaki yang berusia tiga bulan, berkata pemergian suaminya itu memang mengejutkan beliau dan anggota keluarga yang lain.



"Memang pada mulanya saya tidak dapat menerima kehilangan suami saya itu, apa lagi baru enam bulan kami hidup bersama.



"Tetapi dengan sokongan yang diberikan keluarga, saya perlahan-lahan terima takdir yang ditentukan," ujarnya.



Cik Nurashima berkata suaminya seakanakan tahu bahawa beliau akan pergi buat selama-lamanya.



"Saya sudah menyuruhnya membeli baju Raya memandangkan Raya hampir tiba, tetapi beliau hanya berkata 'nanti'.



"Selain itu, tidak banyak persiapan Raya lain yang dilakukannya, beliau seakan-akan tahu beliau tidak sempat menyambut Hari Raya tahun ini," katanya.



Namun, Allahyarham sempat memesan botol air untuk menjamu tetamu semasa Hari Raya bagi kededua keluarga mereka.



Menurut Cik Nurashima, Allahyarham seorang penyayang dan murah senyumannya.



Menurutnya, beliau dan anggota keluarga agak terkejut melihat begitu ramai teman yang datang menziarahi jenazah serta ikut serta ke kubur semasa Allahyarham dikebumikan.



"Saya tidak tahu beliau mempunyai begitu ramai teman dan ramai antaranya saya tidak kenal.



"Namun, ramai daripada mereka memberitahu saya bahawa mereka merinduinya, terutama senyumannya," katanya.



Cik Nurashima, yang bekerja sebagai pengurus McDonalds kini menetap di rumah mentuanya buat sementara waktu.



Ibu Allahyarham, Cik Maznah Sueb, 55 tahun, berkata beliau reda dengan pemergian Allahyarham.



"Beliau pergi pada hari pertama 10 hari terakhir Ramadan. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman."



Saudara Allahyarham yang membonceng motosikal tersebut mengalami kecederaan teruk di kepala dan masih dalam koma.



Polis masih menjalankan siasatan.



Keluarga Allahyarham meminta sebarang saksi agar tampil memberikan keterangan supaya dapat membantu mempercepat penyiasatan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >