Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bas 2 tingkat 3 pintu, 2 tangga dicuba di jalan raya

Mar 13, 2017 | 11:48 AM



SEBUAH bas dua tingkat yang mempunyai tiga pintu mula beroperasi di jalan raya pada Isnin (13 Mac), sebagai sebahagian daripada percubaan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi menilai kesesuaian ciri-ciri reka bentuk bas itu bagi kegunaan Singapura.



Tidak seperti bas dua tingkat yang digunakan di sini, bas prototaip itu mempunyai pintu ketiga, dan dua tangga untuk memudahkan aliran penumpang.



Bas tunggal itu, direka oleh ST Kinetics, akan diuji pada perkhidmatan 143, yang dikendalikan oleh Tower Transit Singapore.



LTA berkata pada Isnin sebuah bas satu dek yang mempunyai tiga pintu juga akan dicuba bersama pengendali SMRT mulai suku kedua tahun ini.



Pengarah Kumpulan LTA bagi pengangkutan awam, Encik Yeo Teck Guan, berkata: "Mengerahkan bas tiga pintu akan membolehkan kami mengkaji konsep ini dengan lebih lanjut dengan memerhatikan aliran penumpang dan cara ia disesuaikan dengan infrastruktur sedia ada.



"Kajian semula reka bentuk bas awam satu bahagian penting dalam membuat pengangkutan awam mod pengangkutan yang menjadi pilihan sedang kita bergerak ke arah masyarakat kurang kereta."



Selain mempunyai tiga pintu, bas itu menampilkan ciri-ciri mesra lain, seperti sistem paparan maklumat penumpang, port USB dan ruang kerusi roda.



Percubaan itu akan dijalankan selama enam bulan, kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >