Bas hijau pilihan Singapura

ORANG ramai boleh menjangkakan bas awam baru berwarna hijau di jalan raya sekitar pertengahan tahun ini.

Warna itu didedahkan tadi oleh Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Ng Chee Meng, di Karnival Bas yang diadakan buat julung-julung kalinya di Ngee Ann City Civic Plaza.

Warna hijau dipilih melalui undian yang dianjurkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Undian bagi warna itu mengalahkan undian bagi warna merah dengan kemenangan tipis 144 undi.

Lebih 57,000 undian dibuat dalam tempoh mengundi selama sebulan yang berakhir pada 5 Februari lalu.

Warna hijau melambangkan mesra alam dan merupakan simbol pertumbuhan, kesegaran, kemakmuran dan kemajuan, kata LTA.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.