Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bas, kenderaan berat perlu pasang lebih cermin 'blind spot'

Feb 28, 2015 | 07:40 PM



BAS dan kenderaan barangan berat (HGV) kini perlu memasang lebih banyak cermin blind spot menjelang Oktober ini.


Ini demi memastikan pemandu mempunyai pandangan lebih jelas untuk melihat bahagian bersebelahan pintu penumpang dan di bawah cermin depan.


Langkah itu, yang diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam, akan menjejas sekitar 18,600 kenderaan berat dengan berat sarat maksimum melebihi 12 tan dan sekitar 8,300 bas dengan berat sarat maksimum melebihi lapan tan.


HGV baru yang didaftar mulai 1 April ini akan perlu memenuhi sama ada standard cermin Eropah atau Jepun, tambah LTA.


Kenderaan itu, yang termasuk pencampur simen, trak yang membawa bahan seperti pasir atau tanah, dan koc, biasanya mempunyai cermin depan dan ambang tingkap lebih tinggi, sekali gus mengurangkan skop penglihatan pemandu.


Cermin tambahan itu akan membuat mereka lebih berwaspada dalam melihat pejalan kaki, penunggang basikal dan pemandu lain, terutamanya apabila mereka membelok di simpang trafik atau menukar lorong jalan.


Jawatankuasa Keselamatan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal, yang telah mempelajari standard keselamatan di negara lain, menyarankan perubahan itu setelah ia mendapati cermin tambahan tersebut akan mengurangkan keadaan trafik yang tidak dilihat, kata pengerusinya, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.


Menjelang Oktober ini, bas dan HGV yang tidak memenuhi standard baru itu akan gagal dalam pemeriksaan kenderaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >