Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bas langgar pengguna kerusi roda bermotor

Jan 20, 2018 | 02:16 PM





SEBUAH bas dikatakan telah melanggar seorang pejalan kaki di simpang Marsiling Khamis lalu. 



Seorang pembaca memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beliau melihat bas nombor 178 terlibat dalam kemalangan di Marsiling Rise sekitar 6.35 petang Khamis. 



Cik Kiro Er, seorang pelajar berusia 16 tahun, berkata bahawa beliau melihat ambulans di tempat kejadian. 



“Bas tersebut menghalang laluan di situ dan menyebabkan kesesakan jalan raya,” menurutnya. 

Beliau sedang berjalan pulang ke rumah selepas turun dari bas yang terpaksa mengambil jalan jauh disebabkan kemalangan itu. 



Polis memberitahu akhbar itu bahawa mereka dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut di persimpangan Marsiling Rise dan Marsiling Road pada 6.32 petang Khamis.



Ia melibatkan bas dan pejalan kaki. Difahami bahawa pejalan kaki itu menggunakan kerusi roda bermotor. 



Terdapat beberapa orang yang melaporkan kecederaan ringan, termasuk penumpang di dalam bas.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia telah menghantar ambulans ke tempat kejadian di mana berlakunya kemalangan melibatkan bas dan pengguna alat mobiliti peribadi. 



Tiada yang dibawa ke hospital. 



Siasatan polis masih diteruskan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >