Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bateri Lenovo Vibe P1 tahan lama

Jan 04, 2016 | 07:38 PM



BAYANGKAN bahawa anda menghadiri majlis perayaan yang kemungkinan akan berlangsung sepanjang malam dan bateri telefon anda akan mati pada bila-bila masa.

Dengan telefon pintar baru Lenovo Vibe P1, anda tidak lagi perlu khuatir.


Dimuatkan dengan bateri 5000mAh, Vibe P1 berupaya kekal beroperasi selama 81 jam. Lebih baik lagi anda tidak perlu membawa pengecas muda alih yang berat dan membebankan.

Jika keluarga atau kawan anda ingin mengecas telefon mereka, anda boleh menghulurkan bantuan menerusi Vibe P1 anda yang boleh mengecas telefon lain dengan ciri cas On-The-Go (OTG).

Anda hanya perlu menyambung kabel telefon kepada kabel USB OTG yang disediakan dalam kotak telefon berkenaan.

Fungsi mengecas 24 watt merupakan fungsi baru yang akan mengecas telefon pintar dengan pantas.


Vibe P1 bukan sahaja cantik dari segi estetik dengan saiz telefon yang tipis diperbuat daripada logam dan kaca premium, ia juga merupakan telefon pintar yang berpatutan di pasaran dengan harga bermula daripada $329.


Dengan sistem operasi Android 5.1 (Lollipop), Vibe P1 menawarkan skrin HD 5.5 inci yang diperbuat daripada Corning Gorilla Glass 3 yang tahan lasak.

Anda boleh memainkan lagu kegemaran anda di majlis perayaan atau mana-mana sahaja dengan keluaran audio yang ditingkatkan dengan kebuk bunyi teknologi pintar Personnel Administration (PA).

Selain cukup kuat, ia juga memastikan bahawa sambutan frekuensi dan bass lebih baik. 


Walaupun Vibe P1 mempunyai ciri teknologi komunikasi medan dekat (NFC) yang boleh dipasangkan dengan peranti seperti alat pendengar, saya akan memilih Bluetooth jika ingin memasangkan alat pendengar kerana NFC hanya berfungsi dalam julat yang kecil. Fungsi NFC lebih sesuai jika anda hendak membuat bayaran tanpa tunai kerana ia tidak memerlukan pasangan manual.


Vibe P1 juga mempunyai ciri keselamatan yang canggih. Ia mempunyai alat pengimbas cap jari yang boleh digunakan sebagai kunci untuk menggunakan telefon anda. Caranya juga mudah, imbas jari anda di atas pengimbas dan ‘kunci’ telefon akan dibuka.


Jika anda memerlukan telefon pintar yang kukuh serta mempunyai jangka hayat bateri yang agak lama, ini merupakan telefon yang sesuai untuk anda. Vibe P1 kini boleh didapatkan dalam model berwarna perak. Versi emas pula akan tiba pada awal 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >