PELUKIS batik tersohor negara, Encik Sarkasi Said menyifatkan seni lukisan batik seakan kian pupus di Singapura. Apatah lagi dengan tiadanya sebarang bentuk penerbitan untuk membuku dan memperkenalkannya di sini.
Maka itu, pemegang Rekod Guinness bagi lukisan batik terpanjang di dunia itu menyifatkan perayaan jubli emas negara yang dirai kini sebagai wadah yang baik untuk beliau memperkenalkannya semula kepada generasi muda.