Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar CDC bantu tingkat pendapatan, pikat pelanggan baru: Peniaga

May 13, 2022 | 05:43 AM



SEBILANGAN pemilik kedai dan penjaja kejiranan awalnya ragu-ragu mahu mengambil bahagian dalam skim Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) apabila ia mula diperkenalkan tahun lalu.



Sebagai sebuah inisiatif baru, mereka tidak pasti jika ia akan mendapat sambutan dari orang ramai, lebih-lebih lagi dengan penekanan terhadap penggunaan teknologi untuk menebus dan membelanjakan baucar tersebut.



Namun beberapa peniaga dan penjaja yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata mereka kini menyaksikan peningkatan bilangan pelanggan ke kedai atau gerai mereka, sekali gus membantu memulihkan semula perniagaan mereka yang telah dek pandemik Covid-19.



Antara yang telah memanfaatkan skim ini ialah Cik Mulianis Bustamim.



Pemilik bersama kedai dandanan Ali's Hairdressing & Beauty Salon itu berkata beliau pada mulanya menolak peluang menyertai skim Baucar CDC ini apabila dihampiri Duta Baucar CDC daripada Pejabat Digital SG (SDO) dan CDC.



"Saya rasa ragu-ragu dan banyak soalan yang timbul, seperti sejauh mana keberkesanan baucar ini dan jika ia mudah atau tidak untuk digunakan. Jadi apa yang saya lakukan adalah mencubanya sendiri. Saya telah ke kedai-kedai yang mengambil bahagian dan menggunakan baucar saya untuk membuat pembelian.



"Dari situ saya dapati, ia sebenarnya sangat mudah dan mungkin dapat bantu merancakkan perniagaan kami," kata Cik Mulianis, 54 tahun.



Sejak menyertai skim Baucar CDC ini sekitar tiga bulan selepas ia dilancarkan, kedainya yang terletak di Tampines Street 21 telah menerima semula ramai pelanggan, termasuk pelanggan baru.



"Baucar CDC ini, sedikit sebanyak telah membantu kami mendapat pelanggan semula dan hampir 30 peratus pelanggan kami merupakan pelanggan baru.



"Pelanggan-pelanggan kami juga berasa sangat gembira dengan sokongan dari pemerintah ini dan duit kami pun masuk dalam masa sehari," katanya lagi.



Pemilik gerai Nur Indah Kitchen di Bedok Corner, Cik Roziah Adon, pula berkata beliau menyertai skim Baucar CDC kerana ada permintaan dari pelanggan.



"Ramai yang dapat baucar CDC ini dan mahu menggunakannya, jadi saya memutuskan untuk menyertai skim ini... lagipun ia percuma," ujarnya.



Meskipun rata-rata peniaga dan penjaja yang dihubungi berkata mereka tidak menghadapi masalah menggunakan sistem apabila pelanggan ingin membuat pembayaran dengan baucar digital, namun mereka memerhatikan ada di antara pelanggan, terutama warga senja yang masih menghadapi masalah.



"Sekarang semua nak kena digital, leceh atau tidak, kami masih perlu menerima dan menggunakannya. Mana perkara yang bagus, kita kena sentiasa berfikiran positif. Semua ini boleh membantu menambah nilai perniagaan kita. Kita juga perlu sokongan mana yang bagus untuk semua," tambah Cik Roziah.



Bagi membantu warga emas, beberapa program telah diperkenalkan, seperti Bengkel Jom Surf yang di Kolam Ayer dengan kerjasama Pejabat Digital Singapura (SDO) dan Masjid Hj Mohd Salleh yang diadakan pada awal tahun ini.



Menurut Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, selain belajar cara menggunakan e-mel, dan membuat panggilan video, peserta juga diajar membuat tempahan bagi solat Jumaat dan cara guna baucar CDC.



"Bengkel ini dapat membantu warga emas membina keyakinan dalam menggunakan teknologi. Pada masa sama, selain mengajar mereka cara menggunakan aplikasi, warga emas diajar tentang cara melindungi diri mereka daripada penipuan dan bahaya dalam talian yang lain," kata Dr Wan Rizal.



Seramai 100 peserta telah raih manfaat sejak bengkel itu dilancar pada Februari 2022.



Sekitar 1.22 juta isi rumah rakyat Singapura kini boleh mendapatkan baucar CDC bernilai $100. Ia adalah tambahan kepada baucar $100 yang diagihkan pada Disember lalu, di bawah Skim Baucar CDC 2021. - Laporan tambahan oleh IRMA KAMARUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >