Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran bulanan pinjaman rumah dijangka naik

Dec 15, 2015 | 09:49 AM



KADAR faedah di Singapura sedang naik perlahan-lahan dan pelabur berasa gelisah menanti keputusan Rizab Federal (Fed) Amerika Syarikat mengenai kenaikan kadar faedah Khamis (17 Dis) ini.


Jangkaan meluas ialah Fed akan menaikkan kadar faedah daripada paras hampir sifar sekarang - kenaikan pertama dalam tempoh sembilan tahun - dan kesannya sudah mula dirasakan dalam pasaran kewangan dan mata wang Singapura.


Dolar Amerika telah mengukuh berbanding Singdollar. Lebih penting lagi, bagi pemegang gadai janji dan pemilik perniagaan, kos pinjaman akan naik.


Kadar Tawaran Swap (SOR) tiga bulan, penanda aras bagi pinjaman komersial dan beberapa pinjaman rumah, menerjah ke 1.59168 peratus pada Isnin (14 Dis), tertinggi dalam tiga bulan, daripada 1.50597 peratus Jumaat lalu dan 1.39520 peratus pada Khamis.


Kadar tertinggi sebelum ini ialah 1.56409 peratus pada 8 September.


Ia kini hampir empat kali lebih tinggi daripada empat tahun lepas.


Begitu juga dengan kadar tawaran antara bank Singapura (Sibor) bagi tiga bulan, yang digunakan secara meluas untuk menetapkan kadar faedah pinjaman rumah, mencecah 1.12865 peratus pada Isnin, tertinggi dalam dua bulan, dan kini hampir tiga kali lebih tinggi daripada paras 12 bulan lalu.


Ini bermakna bayaran bulanan bagi pinjaman $500,000 pada tempoh 25 tahun yang disandarkan pada Sibor akan menjadi $168 lebih tinggi daripada setahun lalu, manakala yang disandarkan pada SOR tiga bulan akan menjadi $262 lebih tinggi.


Kebanyakan pinjaman rumah oleh DBS Bank, pemberi pinjaman perumahan terbesar Singapura, disandarkan pada Sibor, dengan kurang daripada 500 berdasarkan SOR, kata pengarah eksekutif bagi pinjaman bercagar bank itu, Encik Tok Geok Peng, lapor akhbar The Straits Times.


Portal kewangan peribadi MoneySmart.sg menganggarkan 45 peratus gadai janji disandarkan pada kadar simpanan tetap, 50 peratus pada Sibor dan bakinya pada SOR.


Akhbar itu melaporkan pakar ekonomi DBS Bank, Encik Eugene Leow, berkata kenaikan kadar Sibor and SOR mungkin lebih rendah daripada kenaikan kadar faedah Amerika.


DBS meramal Sibor setinggi 1.4 peratus menjelang suku pertama tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >