Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran lebih tinggi di 22 tempat letak kenderaan HDB

HDB
Dec 16, 2016 | 09:39 AM



MELETAK kenderaan di 22 tempat meletak kenderaan popular yang diuruskan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di serata negara akan menjadi lebih mahal semasa waktu sibuk, dengan HDB berharap langkah ini dapat mencegah pemandu daripada berlengah-lengah., lapor akhbar The Straits Times.



Kenaikan harga meletak kereta di kawasan-kawasan yang dikenalpasti ini adalah langkah baharu selepas harga meletak kereta di kesemua tempat meletak kereta awam dinaikkan bermula 1 Disember lalu.



Secara keseluruhannya, kadar bayaran meningkat 10 sen hingga 20 sen untuk setiap setengah jam, bergantung pada tempat.



Bagaimanapun, kenaikan harga adalah lebih tinggi untuk 22 tempat meletak kenderaan - yang kebanyakannya berada di kawasan pusat bandar ataupun berhampiran pusat penjaja.



Sebagai contoh, kadar bayaran di enam tempat meletak kenderaan HDB di Rochor dan Duxton naik dari $1 kepada $1.40 untuk setiap setengah jam.



Untuk 16 tempat meletak kenderaan lainnya, ia menyaksikan kenaikan antara 50 sen hingga 80 sen setiap setengah jam.



Menurut jurucakap HDB, model kadar bayaran berbeza ini membantu dalam menguruskan kesesakan di tempat meletak kenderaan dengan lebih baik di kawasan pusat bandar.



Pemandu yang membuat bayaran secara bermusim tidak terjejas.



Kadar bayaran lebih tinggi bagi tempat meletak kenderaan HDB ini kini lebih seripa kepada kadar yang dikenakan di tempat meletak kenderaan komersil di kawasan berkenaan.



Sebagai contoh, meletak kenderaan di Bras Basah Complex kini lebih mahal berbanding meletaknya di Odeon Towers yang berdekatan yang mengenakan bayaran $2.20 untuk sejam pertama dan $1.10 untuk tempoh setengah jam selanjutnya.



HDB dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) masing-masing menguruskan kira-kira 607,000 dan 24,000 tempat meletak kenderaan.



Ditanya jika ia akan mula mengenakan kadar bayaran lebih tinggi sewaktu masa sibuk, jurucakap URA berkata: "Kebanyakan tempat meletak kenderaan URA terletak di pusat bandar dan telah menjadi amalan kami untuk mengenakan bayaran yang sewajarnya demi mengurus keperluannya dengan baik. Ini termasuk mengenakan bayaran lebih tinggi jika perlu sewaktu masa sibuk."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >