Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran letak kenderaan dijangka naik lepas kajian HDB, URA

Jun 23, 2016 | 09:01 AM



PEMERINTAH sedang mengkaji semula kadar tempat letak kenderaan awam dalam satu langkah yang dijangka menaikkannya di semua tempat letak kenderaan awam.



Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) dan Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) mengesahkan pada Rabu (22 Jun) kajian seluruh negara itu melibatkan kedua-dua skim letak kenderaan, jangka pendek dan musiman, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis.



Ini datang hanya dua bulan selepas kementerian Pembangunan Negara dan Pengangkutan berkata di Parlimen bahawa harga letak kenderaan akan naik, untuk membawa kadar Singapura setara dengan kadar di bandar global lain.



URA berkata kajian semula itu bertujuan "mengenakan harga betul bagi bayaran letak kenderaan awam dan mengurangkan jurang antara bayaran yang dikenakan tempat letak kenderaan privet dan awam".



Ia sedang mengkaji jumlah kenaikan.



URA menegaskan di beberapa kawasan di Daerah Pusat Perniagaan (CBD), perbezaan antara harga letak kenderaan setiap jam privet dan awam pada waktu puncak lebih 100 peratus.



Secara berasingan, HDB berkata tempat letak kenderaannya telah bertambah baik selama ini, dengan kemudahan seperti dek berlandskap, sistem tempat letak kenderaan elektronik dan lif.



Kedua-dua agensi berkata semakan harga terakhir ialah pada 2002, apabila harga letak kenderaan jangka pendek naik kira-kira 10 peratus - bayaran di kawasan bandar meningkat daripada 90 sen kepada $1 setiap setengah jam, dan daripada 45 sen kepada 50 sen setiap setengah jam di luar CBD.



"Sejak itu, kos bagi mengurus dan mengendali tempat letak kenderaan telah meningkat ketara," kata seorang jurucakap URA.



Sebelum 2002, harga juga dinaikkan lebih 10 peratus pada 1993 dan 1989.



HDB juga sedang mengkaji bayaran letak kereta musimam berbeza bagi bukan penduduk yang menggunakan tempat letak kenderaan HDB dan penduduk yang memiliki lebih daripada satu kereta.



Ia berkata kadar berbeza boleh membantu mengurus permintaan, dengan keutamaan diberi kepada kereta pertama penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >