Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran letak kenderaan HDB, URA naik mulai 1 Dis

Jun 30, 2016 | 11:53 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan menaikkan bayaran letak kenderaan awam bagi skim jangka pendek dan tempat letak kenderaan musiman mulai 1 Dis



Ini semakan seluruh pulau pertama oleh HDB dan URA sejak 2002.



Sepanjang tempoh itu, kos membina, mengendali dan mengurus tempat letak kenderaan meningkat disebabkan inflasi umum, serta kos pembinaan, tenaga kerja dan penyelenggaraan berkaitan lain, kata HDB dan URA dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (30 Jun).



Bayaran letak kenderaan jangka pendek bagi tempat letak kenderaan awam di luar Zon Terbatas/Kawasan Khusus (RZ/DA) akan dinaikkan 10 sen kepada 60 sen setiap setengah jam.



Bayaran tempat letak kenderaan dalam RZ/DA pula akan dinaikkan 20 sen kepada $1.20 setiap setengah jam.



Kadar bayaran berbeza mengikut setiap minit akan terus digunakan bagi tempat lewat kenderaan menggunakan sistem letak kenderaan elektronik (EPS) terpilih di lokasi yang permintaannya tinggi.



HDB juga berkata ia akan membezakan kenaikan bayaran letak kenderaan musiman di tempat letak kenderaannya.



Penduduk yang membeli tempat letak kenderaan musiman bagi kereta pertama akan membayar kadar lebih rendah daripada mereka yang memerlukan lebih daripada satu ruang letak kereta atau bukan penduduk yang menggunakan tempat letak kenderaan HDB.



Bagi bukan penduduk dan tempat letak kenderaan kedua dan seterusnya penduduk, kadar letak kenderaan musiman dinaikkan kepada $90 setiap bulan bagi tempat letak kenderaan terbuka dan kepada $120 sebulan bagi tempat letak kenderaan bertingkat. Ini merupakan kenaikan sebanyak $25 dan $30.



Bayaran bagi tempat letak kenderaan yang mempunyai yang terbuka dan bertingkat, bayaran mulai 1 Dis ialah $95 sebulan



Penduduk yang memohon tempat letak kenderaan musiman bagi kereta pertama akan dikenakan kenaikan lebih kecil sebanyak $15 kepada $80 sebulan bagi tempat letak kenderaan terbuka dan sebanyak $20 kepada $110 sebulan bagi tempat letak kenderaan bertingkat.



Bayaran bagi tempat letak kenderaan yang mempunyai yang terbuka dan bertingkat, bayaran mulai 1 Dis ialah $105 sebulan



Pemegang Tiket Letak Kenderaan Keluarga Musiman akan terus menikmati kadar konsesi separuh harga, iaitu $40 sebulan bagi tempat letak kenderaan terbuka dan $55 sebulan bagi tempat letak kenderaan bertingkat bagi kereta pertama.



HDB dan URA akan menghantar surat untuk memberitahu semua pemegang tiket tempat letak kenderaan musiman kadar yang disemak semula bagi mereka, dan status keutamaan kereta menjelang September.



Bayaran letak motosikal tidak berubah.



Bagi pertanyaan mengenai penjualan dan pertukaran kupon tempat letak kenderaan baru, pengguna jalan raya boleh menghubungi talian 1800-225-5432 (HDB) dan 6329-3434 (URA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >