Bayaran Macs untuk masuk Johor naik kepada $35 setahun

JOHOR BARU: Warga Singapura dan negara lain yang memohon pelekat Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (Macs) untuk memasuki Johor kini dikehendaki membayar RM105, atau $35, setiap tahun - naik lebih dua kali ganda daripada RM30 sebelum ini.

Sejak 15 September lalu, permohonan pelekat Macs hanya boleh dibuat melalui sebuah syarikat di Singapura yang dikenali sebagai Pusat Malaysia Electronic Visa Permohonan (MEVAS), lapor laman berita The Star Online pada Isnin (28 September).

Pelekat itu tidak lagi boleh dimohon atau diperbaharui di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Johor Baharu dan Kompleks CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua di Gelang Patah.

Semua permohonan akan melalui atase imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, tetapi warga asing yang mempunyai pas jangka panjang Malaysia masih boleh memohon di pejabat Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) di Danga Bay dan mereka tetap dikenakan bayaran RM30.

Pengarah Imigresen Johor, Encik Rohaizi Bahari, mengesahkan bahawa sejak 15 September, permohonan Macs tidak lagi dibenarkan di kedua-dua kompleks CIQ.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.