Bayaran masuk lebih rendah sempena ulang tahun ke-45 Taman Burung Jurong

TAMAN Burung Jurong - tarikan hidupan liar pertama Singapura - berusia 45 tahun bulan depan, dan ia menawarkan bayaran masuk lebih rendah bagi sambutan itu.

Penduduk Singapura yang berkunjung ke taman itu pada Ahad, 3 Jan akan menikmati potongan harga 45 peratus daripada bayaran masuk.

Harga bayaran masuk biasa ialah daripada $12 (bagi pengunjung berusia 60 ke atas) hingga $28 (dewasa).

Selain itu, pengunjung 45 pertama akan membawa pulang beg cenderahati mengandungi barangan eksklusif bernilai $80.

Pada hari itu, tetamu dapat menikmati edisi ulang tahun Pertunjukkan High Flyers - persembahan terbang bebas tinggi beberapa unggas bintang dan bakat baru taman itu - pada 11 pagi dan 3 petang.

Penonton juga boleh menjangka beberapa burung perintis persembahan tersebut membuat penampilan khas.

Acara pada 3 Jan itu akan memulakan rentetan sambutan ulang tahun Taman Burung Jurong, dan maklumat lanjut akan diumum kelak.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.