Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran VEP $6.70 dikenakan mulai 16 Julai: Akhbar Malaysia

VEP
Jun 09, 2016 | 11:46 AM



JOHOR BAHRU: Mulai pertengahan Julai, Malaysia akan mula mengenakan bayaran RM20 ($6.70) ke atas kereta berdaftar di Singapura dan kenderaan asing yang memasuki Johor di bawah sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP), lapor akhbar New Straits Times pada Rabu (8 Jun).



Sistem VEP telah diaktifkan di dua pintu masuk darat di Johor, di Tambak Johor dan di Link Kedua, sejak 1 Jun, walaupun pemilik kenderaan tidak dikenakan levi RM20 sedang pihak berkuasa menjalankan ujian hingga 15 Julai.



Pemilik kenderaan asing akan mula membayar levi RM20 itu pada 16 Julai, kata akhbar tersebut.



Malaysia telah berkali-kali menangguhkan pelaksanaan levi itu, yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Ogos tahun lalu, disebabkan masalah teknikal.



Levi itu boleh dibayar hanya dengan kad Touch 'n Go, kad tunai yang pemandu gunakan untuk membayar tol di semua lebuh raya Malaysia.



"Sistem VEP itu telah diaktifkan sejak 1 Jun dan kita telah melihat pemandu dari negara jiran memberi kerjasama sepenuhnya dan mengikut prosedur," kata pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerja Raya, Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Hasni Mohammad.



"Penangguhan dalam mengenakan bayaran RM20 VEP itu ialah bagi memastikan sistem itu akan berjalan dengan lancar," katanya.



Setakat ini, kira-kira 120,000 kenderaan Singapura telah didaftarkan di bawah VEP, menurut Datuk Hasni, yang menambah bahawa beliau yakin mengenai sistem itu dan peralatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >