Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi cedera sewaktu dalam jagaan hospital

Nov 20, 2014 | 06:21 PM



Ibu bapa seorang bayi telah mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH)kerana merasakan bahawa kakitangan hospital tersebut cuai dalam menjalankan tugas mereka.


Dua minggu setelah anak beliau dilahirkan di hospital tersebut, Encik Muhd Darok Mohd Shaffir, 42 tahun, mendapati bahawa kulit kaki anaknya itu tersiat dan kesan lukanya dalam semasa mengunjungi anaknya yang berada dibawah jagaan hospital pada masa itu.


Encik Muhd Darok juga menceritakan bahawa pihak pengurusan KKH enggan memberitahu kakitangan hospital mana yang telah mengakibatkan kecederaan tersebut apabila ditanya beliau dan isteri.


Nasib anaknya yang baru berumur sebulan itu telah mendapat perhatian di laman media sosial dan telah disebarkan dan dikongsi ramai pengguna, terutamanya di Facebook.


Ikuti laporan lanjut di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >