SEPERTI sesetengah bayi, Adra Afieya Adzriefaiz, dilahirkan dengan penyakit kuning, atau jaundis.
Namun meskipun setelah menjalani pelbagai rawatan, termasuk menemui pakar dan mendapatkan rawatan tradisional Melayu dan Cina, angka bilirubin - pigmen hempedu berwarna kuning yang menyebabkan jaundis - dalam tubuh bayi dari Selangor itu masih di tahap berbahaya.