Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayshore, Upper Changi akan punyai perumahan awam, privet di bawah pelan baru URA

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



PERUMAHAN awam akan dibina di estet perumahan Bayshore dan di sekitar stesen MRT Upper Changi, sebagai sebahagian usaha untuk memastikan bandar perumahan di Singapura mempunyai campuran rumah awam dan privet yang baik.



Ini merupakan antara rancangan dibentangkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam satu pameran mengenai semakan pelan jangka panjangnya untuk pembangunan Singapura bagi 50 tahun akan datang.



Antara stateginya adalah menyediakan pelbagai pilihan perumahan untuk memenuhi pelbagai aspirasi dan keperluan warga Singapura.



"Untuk menyokong aspirasi bagi bandar perumahan yang lebih inklusif, agensi akan merancang bagi lebih banyak bandar dan estet dengan campuran rumah awam dan privet yang baik," kata URA dalam satu kenyataan semalam.



Selain Bayshore, pelan URA itu menunjukkan kawasan perumahan baru di Pangkalan Udara Paya Lebar, Marina East, Turf City, Springleaf, Lower Seletar dan Chencharu, antara lain.



Strategi dalam rancangan terbaru itu akan memberi pihak berkuasa lebih fleksibiliti untuk merancang dalam sekitaran yang tidak menentu, dengan pandemik Covid-19 yang membawa perubahan seperti aturan kerja fleksibel.



Contohnya, bandar akan mempunyai ruang yang diperuntuk untuk memenuhi keperluan masa depan atau yang tidak dijangka, dan beberapa tapak komersial akan ditawarkan dengan pajakan lebih singkat untuk membolehkan perniagaan pantas menyesuaikan diri kepada trend yang berubah pesat.



Berucap di pelancaran pameran di Pusat URA semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata perubahan pesat Singapura sejak beberapa dekad lalu adalah hasil daripada perancangan jangka panjang yang berani.



"50 tahun lalu, sekitar dua dalam tiga warga Singapura tinggal di rumah kedai atau petempatan setinggan, kebanyakannya di kawasan pusat bandar.



"Kini dalam masa beberapa dekad, bandar Singapura kita telah berubah... Perubahan ini tidak datang secara kebetulan. Ia adalah hasil perancangan jangka panjang yang berani," kata Encik Lee.



Antara rancangan yang dibentangkan termasuk menawarkan pelbagai reka bentuk dalaman bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk memberi fleksibiliti kepada pemilik untuk menyusun ruang mengikut keperluan mereka.



Di peringkat bandar pula, perancang sedang melihat kemungkinan memperuntuk ruang awam yang pelbagai guna bergantung pada sebelah pagi atau malam, dan cara memanfaatkan ruang yang kurang digunakan, seperti di bawah ekspreswe atau jejambat MRT.



Di samping itu, URA telah membangunkan pelan struktur warisan dan identiti untuk membimbing usaha melindungi dan meningkatkan akses kepada warisan Singapura.



Ia telah mengenal pasti lima "koridor identiti" di seluruh pulau dengan ciri-ciri dan sejarah yang unik, termasuk Koridor Thomson-Kallang di kawasan utara dan Lingkaran Dalam, yang menghubungi kawasan kejiranan di pinggir bandar dari Zion Road ke Crawford Road.



Rancangan jangka panjang Singapura disemak sekali setiap dekad untuk mengambil kira trend yang berubah dan permintaan yang berubah.



Pelan pertama sedemikian - sebelum ini dikenali sebagai Pelan Konsep - telah dilancarkan pada 1971.



Pameran mengenai pelan terbaru itu kini berlangsung di Pusat URA, dan dibuka kepada orang ramai secara percuma hingga 4 Ogos.



LAPORAN SELANJUTNYA: Sekitar Pelan 50 Tahun URA Untuk Pembangunan SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >