Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EKONIAGA: SEKITAR RAMADAN

Bazar ExpoRaya sedia 'diserbu' 20,000 pengunjung mulai Khamis

Orang ramai berpeluang bertemu dan beli barangan artis di bazar anjuran Orange Events & Media
Jun 25, 2016 | 05:30 AM



BAZAR ExpoRaya di Singapore Expo yang menyediakan segala keperluan Lebaran di bawah satu bumbung sudah bersedia 'diserbu' pengunjung mulai Khamis ini.



Ini merupakan tahun keempat syarikat Orange Events & Media menganjurkan bazar itu.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orange Events & Media, Encik Syah Ibrahim, beliau menjangkakan 20,000 pengunjung tahun ini.



Tahun lalu, lebih 20,000 orang mengunjungi bazar tersebut yang turut diadakan selama empat hari.



Tahun ini, orang ramai boleh membeli persiapan Aidilfitri termasuk pakaian, kuih Raya, langsir dan perabot daripada sekitar 150 gerai di bazar yang akan berlangsung di Dewan 4 Singapore Expo itu dari 30 Jun hingga 3 Julai.



Bagi memastikan pengunjung disaji dengan pilihan terbaik bagi kelengkapan Raya mereka, Konsultan Orange Events & Media, Encik Osman Ariffin, berkata pihaknya memberi lebih perhatian memilih vendor berdasarkan barangan tawaran mereka tahun ini.



Seperti tahun-tahun lalu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan barangan unik dari dalam dan luar negara termasuk dari Malaysia dan Indonesia.



Malah, mereka juga berpeluang mendapatkan barangan artis serta bertemu dengan artis yang menjadi duta barangan yang akan dijual di bazar itu.



Antara artis itu termasuk Sharifah Sakinah, Datin Alyah, Raja Ilya, Noshila Amin, Ippo Hafiz, Nita Hamzah, Encik Mimpi, Roslan Shah, Deja Moss, Ryzal Jaafar, Faezah Elai, DesyNatalina, Lawanie Band dan Fiza O.



Encik Syah berkata usaha mendapatkan lebih ramai artis setempat dan luar negara menyertai bazar itu bertujuan memenuhi permintaan pasaran dan trend masa kini.



"Berdasarkan pengalaman ekspo kami awal tahun ini, kami menerima banyak permintaan bagi barangan artis.



"Kami juga menggalak artis itu turun padang dengan berada di bazar ExpoRaya ini," ujarnya.



Pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan dan boleh menyertai acara lelong di bazar itu.



Selain pilihan barangan yang luas, orang ramai juga dapat membeli-belah dalam keadaan yang selesa di dalam dewan berhawa dingin biarpun cuaca hujan lebat atau panas terik di luar.



Malah, pengunjung juga boleh membeli-belah sehingga lewat malam kerana bazar itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari dari 30 Jun hingga 3 Julai.



"Dengan waktu operasi lebih lama ini, mereka yang nak datang selepas tarawih pun sempat lagi," ujar Encik Osman.




"Berdasarkan pengalaman ekspo kami awal tahun ini, kami menerima banyak permintaan bagi barangan artis.



Kami juga menggalak artis itu turun padang dengan berada di bazar ExpoRaya ini."



- Encik Syah Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orange Events & Media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >