Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Geylang Serai terima 3j pengunjung sejauh ini

Apr 15, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR tiga juta pengunjung telah mengunjungi Bazar Raya Geylang Serai 2023 sejak ia dibuka sekitar 30 hari lalu.



Mengumumkan demikian pada Jumaat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata jumlah pengunjung dihitung dan dinilai oleh pasukan agensi kawalan keselamatan yang membuat rondaan di sekitar bazar setiap hari.



"Jumlah pengunjung ini dikumpul dan dilaporkan di akhir setiap hari," kata Dr Faishal, yang juga Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS).



WGS ialah penganjur Bazar Raya Geylang Serai 2023.



Namun bazar tersebut diuruskan konsortium yang dibentuk S-Lite Event Support, TLK Trade Fair and Events, dan Enniche Global Trading.



Dr Faishal memberi kemas kini jumlah pelawat itu seminggu selepas beliau mengumumkan jumlah pelawat telah mencecah dua juta pada 4 April.



Bazar kali ini dimulakan lebih awal pada 17 Mac dan dijadual selama 36 hari sehingga malam Hari Raya Aidilfitri apabila ia dilanjutkan sehingga 6 pagi pada 22 April.



Edisi bazar tahun ini bermula dari Pasar Geylang Serai hingga ke Tanjong Katong Complex (TKC), termasuk Haig Road dan Joo Chiat Complex.



Dibahagikan kepada dua kawasan utama, ia menawarkan 700 gerai, termasuk 150 yang menjual makanan dan minuman. Secara perbandingan, bazar yang diadakan pada 2022 hanya menampilkan 70 gerai akibat sekatan Covid-19.



Pada 14 April, Dr Faishal berkata pelawat yang ditemuinya di bazar berkongsi mereka ke sana kerana pelbagai sebab.



Ada yang ke sana berulang kali.



"Antaranya untuk membeli makanan, membeli-belah atau hanya untuk berjalan-jalan dengan rakan dan keluarga mereka," kata Dr Faishal.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat... kerana memberi sokongan kepada bazar ini. Kepada mereka yang belum lagi ke sana, hanya ada seminggu lagi untuk berbuat demikian."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >