BAZAR Raya di kawasan Tanjong Katong Complex (TKC) bukan sahaja menjual barangan Lebaran malah memaparkan bakat pemuzik tanah air.
Rilek Jack Market yang ditubuhkan Encik Ahmad Jihadi Sahran, 29 tahun, merupakan sebuah gerai yang mengetengahkan hiburan muzik, produk usahawan serta bakat penggiat seni Singapura. Ia terletak di kawasan punggahan TKC.