BAZAR Hari Raya Geylang Serai mungkin diluaskan ke kawasan Eunos tahun ini memandangkan beberapa kawasan bazar yang sedia ada akan menjalani projek pembangunan.
Menyatakan demikian, Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, berkata kawasan tanah lapang dekat bangunan SingPost dan kawasan di hadapan pusat beli-belah City Plaza akan dibangunkan menjadi tempat kediaman, kawasan komersial, runcit dan panggung wayang.