Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya tahun ini harap tarik lebih ramai pengunjung: Faishal

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



BAZAR Hari Raya kali ini berharap dapat menyambut lebih ramai pengunjung berbanding tahun lalu sedang Singapura bangkit daripada pandemik Covid-19 dan acara kembali ke skala seperti sebelum pandemik, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Tahun lalu, Bazar Raya menerima 800,000 pengunjung, dan tahun ini, Dr Faishal berharap bilangannya akan lebih tinggi.



Kelmarin, beliau, yang juga penasihat Wisma Geylang Serai (WGS), mengumumkan bahawa WGS akan menganjurkan Bazar Hari Raya Geylang Serai tahun ini.



Dr Faishal berkata: "Ia merupakan sesuatu yang menyentuh hati melihat warga Singapura daripada latar belakang budaya yang pelbagai berkumpul untuk menikmati suasana dan bazar perayaan.



"Lantaran itu, dengan bangga saya mengumumkan bahawa Wisma Geylang Serai akan menganjurkan Bazar Raya Geylang Serai 2023,"katanya.



Wisma Geylang Serai, pengendali bazar akan kerjasama beri pengalaman rai perayaan



Dalam jawapannya kepada Berita Harian, Dr Faishal berkata Bazar Raya istimewa buat masyarakat Singapura.



"Bagi ramai daripada kita yang membesar di Singapura, kunjungan ke Geylang Serai sewaktu Ramadan sudah menjadi tradisi yang amat disayangi.



"Suasana perayaan di sini sememangnya tiada tandingan," kata beliau.



Bazar tahun lalu menerima 800,000 pengunjung, melebihi jangkaan dan pihak penganjur berharap tahun ini ia dapat menarik lebih ramai orang.



"Sedang Singapura muncul daripada bayangan pandemik, kami sudah melihat kegiatan dan acara dibuka semula pada skala penuh, seperti waktu sebelum pandemik," kata Dr Faishal.



Beliau menambah bahawa tahun ini WGS tidak sabar bekerjasama dengan pengendali bazar supaya dapat memberikan pengalaman meraikan perayaan kepada semua.



WGS enggan mengulas lanjut, setakat mengatakan mereka akan mengeluarkan lebih banyak butiran mengenai bazar tersebut minggu depan.



Tender bagi bazar tersebut telah dikeluarkan oleh Persatuan Rakyat (PA) November lalu, menurut satu pemeriksaan BH.



Permohonan bagi tender ditutup bulan lalu.



Ini kali kedua bazar itu dapat dianjurkan selepas sekatan pandemik dilonggarkan.



Ia kembali diadakan di Geylang Serai tahun lalu tetapi secara terhad ekoran beberapa sekatan Covid-19 masih berkuatkuasa ketika bazar itu dalam perancangan.



Hari pertama Ramadan tahun ini dijangka jatuh pada 23 Mac.



Hari Raya Aidilfitri pula dijangka disambut pada 22 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >