Bazar Raya Tampines 2015 unik

BAZAR Hari Raya di Tampines tahun ini menjanjikan satu kelainan dengan menawarkan barangan unik dari negara Islam lain seperti Oman, Brunei, Indonesia dan Malaysia.

Mengumumkan demikian hari ini, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau telah menawarkan kepada duta negara-negara tersebut agar membuka gerai di bazar Tampines tahun ini dan menjual barangan keperluan Hari Raya yang hanya boleh didapati di negara mereka.

Sebagai contoh, Encik Masagos berkata Brunei terkenal dengan kain songket tenun tangan yang cantik dan berpatutan harganya.

"Oman juga sedang melihat barangan apa yang boleh mereka tawarkan kepada penduduk Singapura. Kami berharap penduduk setempat akan menemui sesuatu yang berbeza di bazar ini," kata Encik Masagos yang juga penasihat di GRC Tampines.

Beliau menyatakan demikian di sidang media yang memaparkan kegiatan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Tampines sepanjang tahun ini.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.