Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya Tampines pamer produk eksotik

May 29, 2017 | 05:30 AM



RUANG legar Our Tampines Hub (OTH) bermandi cahaya berwarna-warni, riuh dengan pengunjung sempena perasmian Bazar Raya@OTH semalam.



Tahun ini merupakan kali pertama OTH mengendali Bazar Raya menggantikan bazar yang sering diadakan berhampiran stesen MRT Tampines. Walaupun tidak sebesar bazar lalu, ia menumpukan perhatian kepada memberi pengalaman unik kepada pengunjung bazar Raya.



Demikian pemerhatian Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keunikan Bazar Raya@OTH.



"Kami mengusahakan mendatangkan barangan dari luar negeri yang eksotik seperti Uzbekistan, Jepun dan Maghribi. Negara jiran Malaysia, Brunei dan Indonesia turut hadir.



"OTH sudah menjadi tumpuan santai keluarga penduduk Tampines dan kami mengharapkan dapat memeriahkan lagi suasana dengan adanya bazar Raya ini. Kami juga akan menjalankan Acara Bulan Bahasa di OTH pada September," kata Encik Masagos yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines.



Turut hadir di acara perasmian Bazar Raya@OTH itu ialah Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat dan Anggota Parlimen GRC Tampines - Encik Desmond Choo, Encik Baey Yam Keng dan Cik Cheng Li Hui.



Seorang pegerai di bazar itu, Cik Haslinda Samsubaha, 32 tahun, yakin akan daya tarikan OTH.



"Walaupun baru saja hujung minggu pertama, ramai juga pengunjung yang datang ke sini semalam. Pada mulanya saya agak khuatir kerana lokasi bazar baru ini tidak berdekatan dengan stesen MRT. Mujur orang ramai tahu akan lokasi baru bazar ini dan mereka datang ke sini.



"Lokasinya juga lebih selesa kerana ia dalam bangunan. Pengunjung tidak perlu bimbang jika hujan atau panas," kata Cik Haslinda



Laporan lanjut: Suasana semarak Raya di Our Tampines Hub




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >