BEBERAPA bangunan utama di kawasan kewangan Marina Bay kini dapat menjimatkan tenaga sebanyak lebih 40 peratus dengan sistem rangkaian pendinginan daerah bawah tanah.
Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, merasmikan operasi loji sistem Singapore District Cooling (SDC) - sebuah anak syarikat di bawah Singapore Power (SP) - yang baru selesai projek pengembangannya semalam.