Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa jalan ditutup, kesesakan trafik bila Parlimen bersidang Isnin

Aug 22, 2020 | 02:52 PM



Para pemandu boleh menjangkakan beberapa jalan raya akan ditutup dan kesesakan trafik di beberapa kawasan minggu depan apabila persidangan Parlimen ke-14 dibuka pada Isnin (24 Ogos) di Bangunan Parlimen dan bangunan The Art House. 



Bagi mempermudahkan acara itu, Old Parliament Lane dan Empress Place akan ditutup kepada trafik dari 12.01 pagi hingga 11.59 malam pada Isnin. 



Jalan raya dan laluan yang akan ditutup dari1 petang pada Isnin hingga 1 pagi pada Selasa:



- Fullerton Road menghala ke St Andrew's Road (di antara Esplanade Drive dengan Dewan Konsert Victoria dan Teater Victoria)



- Connaught Drive (di antara St Andrew's Road dengan Fullerton Road)



- St Andrew's Road (di antara Connaught Drive dengan Coleman Street)



- Parliament Place (di antara Supreme Court Lane dengan St Andrew's Road)



- laluan paling kanan Parliament Place (di antara North Bridge Road dengan Supreme Court Lane)



Semasa penutupan ini, akses akan hanya diberikan kepada polis, kenderaan kecemasan dan yang diluluskan sahaja. 



Kesesakan trafik juga dijangkakan di sepanjang North Bridge Road, Stamford Road serta Esplanade Drive.



Tempat meletak kereta awam di Bangunan Parlimen dan The Arts House juga akan ditutup kepada orang awam pada Isnin, mulai 12.01 pagi hingga  11.59 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >