Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa peranti mobiliti dirampas dalam operasi penguatkuasaan LTA

Feb 24, 2017 | 11:18 AM



BEBERAPA peranti mobiliti peribadi (PMD) telah dirampas oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam separuh pertama Februari.



Dalam laman Facebook pada Jumaat (24 Feb), LTA menyatakan bahawa pegawai penguat kuasa pergerakan itu menjalankan lebih 100 operasi penguatkuasaan dalam dua minggu pertama bulan dan mendapati beberapa orang menggunakan PMD di jalan raya.



Perbuatan itu menyalahi undang-undang kerana ia membahayakan penunggang dan pengguna jalan raya lain, kata LTA.



Beberapa operasi dilakukan di River Valley, Yishun, Marine Terrace, Bedok North dan Alexandra.



Pegawai penguatkuasa itu juga mendidik pengguna PMD yang tidak patuh tentang perubahan di bawah Rang Undang-Undang Mobiliti Aktif, yang akan berkuat kuasa pada akhir tahun ini.



Rang itu akan membolehkan penunggang basikal berkongsi laluan dengan pejalan kaki, dan menggariskan peraturan mengawal penggunaan peranti mobiliti peribadi, seperti bagaimana basikal elektrik perlu didaftarkan kepada pemilik dan memasang plat pendaftaran.



Dalam Facebook itu, LTA menyatakan: "Tidak kira bagaimana mengubahnya supaya ia sehingga kelihatan seperti basikal. Peraturannya mudah: tiada pengayuh = tidak boleh berada di jalan raya."



"#tunggang selamat dengan berada di laluan yang betul!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >