Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa program tingkat peluang pekerjaan wanita disaran

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM untuk melatih wanita dalam bidang tertentu, program bimbingan kerjaya, serta geran keusahawanan merupakan antara saranan Anggota Parlimen untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi wanita.



AP yang menyertai perbahasan mengenai Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura semalam telah mengusulkan langkah meluaskan pilihan kerjaya, menyokong keusahawanan serta meraih peluang peringkat global bagi pekerja wanita.



AP turut menimbulkan keprihatinan tentang cabaran yang dihadapi wanita di tempat kerja termasuk diskriminasi dan jurang gaji.



Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) berkata usaha untuk memupuk masyarakat inklusif yang tidak membezakan dari segi jantina perlu berdasarkan peluang yang adil bagi wanita.



"Hari ini, wanita maju dalam kerjaya dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), IT, keusahawanan, perkhidmatan, perkilangan dan pilihan kami hanya terbatas oleh minat kami. Tetapi usaha ini belum berakhir.



"Selain membangun dasar yang meningkatkan wanita di tempat kerja, Gerakan Pekerja juga melihat perlunya meluaskan bidang bagi wanita dengan membayangkan dan menyegarkan semula pilihan kerjaya mereka," kata Cik Yeo, yang juga seorang AP gerakan pekerja.



Selain mempromosi kerjaya STEM, Unit Wanita dan Keluarga NTUC telah mengenal pasti lebih banyak peluang dan jurang pasaran dalam bidang tertentu yang secara tradisional dikuasai wanita, seperti tukang jahit dan pengasuh.



NTUC juga telah mula proses meningkatkan profesionalisme pekerjaan tersebut dan telah merintis program latihan dalam sektor itu, kata Cik Yeo.



Seorang lagi AP gerakan pekerja, Encik Melvin Yong, pula menyarankan agar pemerintah memperkenalkan geran perniagaan dari rumah untuk mengurangkan kos seperti peralatan bagi wanita yang ingin memulakan perniagaan.



Pemerintah juga boleh bekerjasama dengan institusi untuk menyediakan kursus latihan bersubsidi untuk kemahiran membuat kuih, memasak, dan menyediakan makanan dengan selamat.



"Kita juga harus menyokong aspirasi wanita yang memulakan perniagaan dari rumah untuk menambah pendapatan keluarga mereka sambil menjadi penjaga atau suri rumah sepenuh masa," kata Encik Yong.



Dalam ucapannya, beliau turut menarik perhatian tentang peluang bagi wanita untuk meraih pengalaman kerjaya di peringkat global.



Beliau berkata program bimbingan (mentorship) penting untuk menyediakan wanita dengan jaminan untuk meluaskan sayap ke luar negara bagi kerahan tugas mereka.



AP pembangkang, Cik He Ting Ru (GRC Sengkang), pula akur tentang jurang gaji antara lelaki dan wanita yang telah merosot, tetapi menyarankan agar usaha diteruskan untuk merapatkan jurang itu lagi.



Beliau mengulangi saranan dalam manifesto Parti Pekerja (WP) untuk memerlukan majikan melaporkan jurang gaji jantina bagi tugas tertentu.



Memberi respons, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia) Cik Gan Siow Huang, berkata Singapura perlu mengambil pendekatan praktikal berbilang aspek dalam hal ini.



"Kami melihat contoh beberapa negara yang mewajibkan gaji adil bagi kerja adil di sebahagian tempat di Amerika Syarikat dan Canada, tetapi jurang gajinya kekal lebih tinggi di Singapura," ujar Cik Gan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >