Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan ayam, telur Singapura tidak terjejas oleh selesema burung di Kelantan: AVA

Mar 10, 2017 | 07:45 AM



WABAK selesema burung H5N1 di sebuah kampung di Kelantan tidak menjejas bekalan ayam dan telur Singapura, kata Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) pada Khamis (9 Mac).



Menurut AVA, Singapura hanya membenarkan masuk ayam dan telur dari zon bebas penyakit di lima negeri di Malaysia - Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.



AVA juga berkata sejak pagi Khamis, ia telah meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat ayam itik memasuki Singapura.



Ia menambah bahawa bilangan pegawai pemeriksa telah ditambah daripada dua kepada tiga.



Wabak tersebut dilaporkan pada Rabu, tetapi pihak berkuasa Malaysia berkata pada Khamis bahawa ia telah dapat dikawal.



Ayam itik biasanya menjalani pemeriksaan dokumen dan fizikal di sempadan Singapura.



AVA juga berkata ia telah meminta tiga ladang ternakan Singapura supaya meningkatkan langkah keselamatan mereka.



Langkah keselamatan yang dipertingkat termasuk tidak menggalak pelawat tidak perlu ke ladang mereka dan tidak membenarkan masuk burung dan telur lain.



Ini akan terus dilaksana sementara AVA memantau keadaan.



Singapura mengimport 35 peratus ayam, 93 peratus itik dan 76 peratus telur dari Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >