BEBERAPA penduduk di Blok 394, Yishun Avenue 6, terjejas dengan bekalan elektrik terputus selama sekitar empat jam hari ini, Selasa.
Encik Danish Matin See memberitahu akhbar The Straits Times bahawa bekalan elektrik terputus pada 10.20 pagi, dan hanya dipulihkan sekitar 2.30 petang.
Beliau dan jiran-jirannya tidak diberitahu tentang bekalan yang tergendala itu, tetapi terdapat notis dari majlis bandaran yang memberitahu bekalan air akan terjejas hari ini kerana kerja-kerja menggantikan paip-paip utama air di bumbung blok.
Laporan lanjut di laman web The Straits Times.